Menghitung Usia Md Al Fateh

Followers





Cerpen Maya Mia --> "Biarkan Ia Berlalu" BHGN AWAL

Thursday, 17 November 2011


 ILHAM KARYA CERPEN PERTAMA MAYA MIA (2007)
TERIMALAH HASIL KARYA TIDAK SEBERAPA INI


"Su, ingat lagi tak Hari Lahirmu bulan Oktober ni?," tanya Lia tiba-tiba memecah kesunyian pada petang itu.

"kenapa Lia tanya Su begitu?," tanya aku pura-pura tidak mengerti.


"Alah saja je. Lagipun ada sesuatu yang special tau buat Su nanti," jawab Lia tersenyum.

"What so special tu, Lia?," tak sabar aku mengharap jawapan.


"Tunggulah...nanti Su akan tahu juga," kata Lia berlalu meninggalkan aku sendirian.

"Lia...tunggu lah Su....,"

Berlari-lari anak aku mengejar kelibat Lia yang berjalan tersenyum-senyum. Sengaja membakar hasrat aku mengetahui rahsia hadiah tersebut.

**************************************

Segala-galanya berlalu pantas. Kini kenangan indah itu hanya menjadi impian yang harus dikongsi diriku sendiri. Kad dan album sempena Hari Lahir ku yang Lia berikan semalam seolah-olah mengundang kesalan yang meruntun di hatiku kala ini. 

Perit sekali untuk kutelan hakikat ini. Segalanya mula berkecamuk di dalam kotak fikiran. Bersirat dengan keresahan. Apakan daya keadaan ini terlalu menjerakan aku.

Tatkala lembayung petang hadir pada saat ini, bendungan air mata tumpah jua walaupun cuba aku tahan. Di ruang sepi ini, aku merasakan diriku umpama bunga yang mekar, ranum pula debunganya penuh pula bermadu tetapi sayang kelopak patah ditimpa petaka.

Mungkin itulah bahananya akibat bermain air basah, bermain api letup, bermain pisau luka. Ya Allah, aku tidak senegaja mengundang keperitan ini !!!

Hari ini aku hanya menjamah sedikit sahaja kudapan. Hatiku diamuk perasaan bimbang kalau-kalau Lia masih marah dengan biacraku yang mungkin menyentuh hatinya. Sebentar tadi tatakala aku terpandang Lia. Renungannya membayangkan kemarahannya yang menyala persis unggun api yang disimbahi minyak tanah. Ia seolah-olah begitu menikam kalbuku.

"Lia ...Lia masih marahkan Su ke? Su tahu mungkin Su yang bersalah. Su tak sengaja nak cakap gitu. Mungkin gurauan Su begitu menyakitkan hati Lia. Maafkanlah Su, Lia," Hatiku merintih sambil menggenggam tangan Lia meminta simpati.

Pandangan Lia bersahaja tetapi........senyuman yang dilemparkan cukup aku mengerti. Itu hanyalah kepuraannya semata-mata untuk melenyapkan perasaan bersalahku kepadanya.


Aku kembali ke dorm Baitul Jannah. Cuba mengumpul keyakinan yang bersarang di hati ini. Di saat genting ini, muncul gadis manis yang tidak jemu-jemu mencurahkan motivasi, tidak lokek memberi semangat buatku. Terima kasih,Deq Mar :-)

"Kak Su, Mar dengar akak berselisih faham dengan Kak Lia...betul ke?," Pertanyaan Deq Mar junior Tingkatan 3 mengejutkan aku. Cepat betul berita itu sampai ke junior. Ketara sekalikah selisih hubungan kami ini?

Aku diam membisu. Tetapi..ternyata aku tidak berjaya menipu gadis manis di depanku yang seringkali berusaha membawa aku keluar dari himpitan perasaan ini. Kerana itulah aku akrab dengan Deq Mar, junior yang sentiasa manis dengan tazkirahnya. 

"Betul Mar.....tapi entahlah, mungkin akak yang bersalah kot. Akak rasa sedih Mar...ikatan persahabatan kami musnah macam tu sahaja. Biarlah akak berusaha dan berserah pada-Nya. Mudah-mudahan hatinya lembut dan memaafkan akak," Luluh hati ketika mengucapkan isi hati itu kepada Deq Mar.

"Hai, setahu Mar, akak tak pernah kalah dengan sesiapa. Kenapa kali ni cepat benar akak berputus asa,"

Terdiam mendengarb bait bicara gadis sebijak Marliah yang cepat benar menggugah rasa hati ini. 

"Dalam hal ni, kenapa akak tidak berusaha menunjukkan keikhlasan tanda persahabatan kepada Kak Lia?," sambung Marliah. sengaja menduga kewibawaanku sekali lagi.

"Maksud Mar...???," tanyaku tanda tidak mengerti bait bicaranya.

"Kenapa tidak akak bersemuka dan berbincang dengannya sebaik mungkin di samping bersabar dengannya sahaja. Segala yang berlaku ni kak su mungkin ada hikmah terbaik dari-Nya menguji keteguhan hati akak. Tidak seorang pun hamba-Nya yang akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala dan rela setia bersabar," Marliah bersuara dengan yakin penuh nasihat.

Semakin aku mengerti kata-kata Marliah. Perlahan-lahan aku mula belajar untuk menerima keadaan ini. Pasrah lalu terus berusaha walaupun pedih hakikat yang harus kutelan.

***************************************

Kabus masih belum sepenuhnya pupus. Ada lagi yang tertinggal di celah-celah pohon yang agak tersorok. Sebentar-bentar melenggong nipis dipukul angin pagi. Hembusan angin pagi terus berdesir sambil menepis angin cengis yang menghiris. Pagi ini akan kuselesaikan segala-galanya. Demi persahabatan kita, Lia.

Langkahan aku pantas ke Bilik Rehat Blok B di Asrama Puteri itu. Aku lihat Lia di situ bersama Nisa. Tika itu entah kenapa aku begitu cemburu melihat keakraban mereka. Apatah lagi di dalam kelas, mereka seolah-olah rakan sebelah yang masing-masing berjaya menggugah perasaanku ini.

Kadang-kadang aku cuba bertanya pada diriku ini. 

"Kenapa kau harus cemburu Su..Lia tu kan sahabat kau semata-mata," monolog hati tidak suadah-sudah. bagai dihasut negatif perasaan. 

Astaghfirullahal'azim. Istighfar selalu.

Entahla..semakin kalut inti fikiran ini. Apabila memikirkan bicara nasihat Marliah semalam, aku makin bersemangat untuk menjernihkan kekeruhan walaupun agak sukar untuk memandang dan merenung Lia seperti dahulu lagi.


Tengahari itu kebetulan aku bersama Nisa. Keinginanku untuk bertanya mengenai Lia membuatkan aku cuba mengharapkan satu kepastian.

"Nisa, Lia masih marahkan Su ke?," tanyaku begitu mengharap jawapan jujur Nisa.

"Kenapa Su tanya macam tu?," Nisa seakan-akan pura-pura tida tahu.

"Mustahil Nisa tak tahu selisih faham antara kami," duga hatiku.

"hm...jadi betullah....baru Nisa faham," 

Reaksi spontan Nisa mengejutkan aku pula kala itu.

"Faham apa?," aku pula separuh terkejut memandang Nisa.

"Ya, pasal apa yang Su cakap kan tadi la...Memang Nisa dah agak. Nisa tengok hubungan Lia dan Su renggang sejak kebelakangan ni. Tapi..apa sebabnya ya? Selalunya tengok Su dan Lia macam tak boleh dipisahkan...,"

Haruskah aku mengatakannya pada Nisa?
Haruskah aku, Ya Allah !!!

Segalanya berkecamuk di fikiran. Terjahan peristiwa lalu membuka selakan kepahitan. Akan adakah penghujung cerita persahabatan ini?

NANTIKAN BAHAGIAN AKHIR
CERPEN ILHAM PERTAMA MAYA MIA INI YA !
STAY CUTE :-)



Curahan Kalam Idea Lestari,








2 komentar:

amaniammar said...

mia

cer hanto manuskrip kepada publisher
da satu syarikat PTS menerima karya novel seperti mia ni...then akan buat novel utuk jual..
kalu rsa nak ni www.pts.com.my
atau email PTS One di email ptsone@pts.com.my.
nak jg bca novel nyata dari mia ni..

baru nk start bc novel ni..tp dah bc endingnya dulu

mia-ina said...

amani: ble ek mia nk hantar..yg ni hanya koleksi manuskrip yg mia simpan..biasa2x ja percubaan..insyaalah novel akan mia usahakan 'kerana dia untukku'..tgh menyambung episod demi episod lagi....tunggu ye..tq bg alamat

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.